Makanan Pedas: Berkhasiat atau Mudarat?
Ramai yang tahu bahawa kebanyakan rakyat Malaysia amat menyukai makanan pedas. Malah, ada banyak cabaran makanan pedas yang telah tular di Internet, seperti cabaran Pedas Giler, dan sebagainya.
Makanan pedas ini sinonim dengan citarasa timur. Ramai orang kita beranggapan bahawa identiti orang timur seseorang itu bergantung kepada ketahanan mereka dalam memakan makanan pedas. Namun, adakah pengambilan makanan pedas ini mempunyai manfaat kesihatan atau ada lebih banyak keburukan?
Masalah Radang Perut
Antara kerisauan yang sering kita dengar dalam pengambilan makanan pedas adalah berkaitan dengan masalah penghadaman atau radang perut.
Memang ada kajian yang menunjukkan bahawa makanan pedas perlu diambil dengan berpada-pada kerana ia dapat menjadi punca kepada beberapa masalah kesihatan. Pengambilan makanan pedas yang berlebihan dapat menjadi punca kepada gastritis, apendiks, ataupun buasir.
Walau bagaimanapun, kebanyakan kejadian berlaku dalam kalangan orang yang sudah ada penyakit ini. Oleh itu, jika anda sudah mengalami gastritis atau sebarang komplikasi yang dinyatakan tadi, anda hanya perlu berhati-hati dengan mengambil makanan yang mempunyai kepedasan melampau.
Pengeluaran Hormon Endorfin
Ramai penggemar pedas berpendapat bahawa mereka berasa seolah-olah ketagih dengan sensasi kehangatan di lidah mereka. Mengapa ini berlaku sebenarnya?
Inilah kesan daripada pengeluaran hormon endorfin yang sering dikaitkan dengan kelegaan rasa sakit dan stres. Bahan capsaicin yang memberi rasa pedas terhadap sesuatu itu terbukti dapat merangsang pengeluaran endorfin dalam badan anda.
Sebenarnya, apabila lidah anda berasa pedas, badan anda menganggap bahawa anda sedang mengalami kesakitan. Endorfin dilepaskan sebagai satu mekanisme badan yang semula jadi bagi melegakan kesakitan tersebut.
Oleh itu, selera anda terhadap makanan yang terlalu pedas mungkin berpunca daripada keinginan anda untuk merasa lega daripada kesan pengeluaran endorfin itu.
Sumber Nutrien Dalam Makanan Pedas
Memang semua makanan mempunyai baik dan buruk mereka jika diambil dengan kuantiti yang tidak munasabah. Walau bagaimanapun, semua makanan itu ada khasiatnya, termasuk juga dengan cili yang kita gemarkan dalam makanan pedas kita.
Cili memang ternyata kaya dengan nutrien yang amat penting untuk badan kita. Banyak kajian menunjukkan bahawa cili merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan antioksidan, vitamin C, E, dan A. Ciri-ciri ini memang terbukti dalam memberi pelbagai manfaat kesihatan, seperti membantu mengurangkan penyakit berkaitan saraf seperti sakit sendi serta sakit saraf diabetes.
Jadi jika anda sukakan makanan pedas, badan anda juga pasti akan bermanfaat dengan semua kebaikan yang ada pada cili dan makanan pedas yang lain.
Keseimbangan Dalam Bersederhana
Memang tidak salah untuk kita mengambil makanan pedas, kerana memang telah terbukti ada pelbagai manfaat yang dapat kita terima daripada khasiat ramuan seperti cili dan sebagainya.
Namun, kita juga perlu mengawal pengambilan ini agar tidak lebih memudaratkan kesihatan kita. Amalkan pemakanan berkhasiat, seperti memakan cili segar dalam masakan ataupun sambal, dan kurangkan pengambilan garam atau gula yang berlebihan dengannya.
Anda mahu menikmati kepedasan berganda buat sekali-sekala? Ketahui aktiviti MAGGI® Pedas Giler ini sekarang dan sahut cabaran dengan berani. Untuk maklumat lebih lanjut, layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-pedas-giler/ sekarang.