
Belajar Saham Patuh Syariah Bersama Bijak Labur
Anda berminat untuk belajar saham? Pelaburan saham sememangnya adalah satu kemahiran yang penting terutamanya untuk individu berkerjaya yang inginkan pendapatan pasif di samping pendapatan aktif daripada gaji hasil pekerjaan. Meskipun ramai yang mula menyedari akan kepentingan untuk melabur, malah apa potensi yang ada pada saham – persoalan yang terngiang-ngiang di minda mereka adalah apakah cara pelaburan saham yang baik?
Bagaimana Anda Boleh Melabur Saham
Terdapat dua cara untuk anda memiliki aset seperti saham untuk menjana keuntungan. Ianya terdiri daripada kaedah langsung & tidak langsung.
Kaedah Langsung: Miliki Saham Sendiri
Ini Adalah kaedah pelaburan yang paling mudah. Ianya cuma memerlukan anda untuk membuka akaun Central Depository System (CDS) bersama akaun “trading” anda. Setelah proses pendaftaran selesai, anda boleh mula melakukan aktiviti jual beli saham mengikut kehendak sendiri.
Meskipun ianya mudah, adalah penting untuk anda mengetahui kaedah untuk menilai saham yang baik. Hal ini kerana meskipun terdapat hampir 1,000 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, tetapi hakikatnya tidak semua syarikat atau saham tersebut mampu memberikan pulangan sama ada dalam bentuk “capital gain” iaitu di atas kenaikan harga saham, ataupun dividen.

Jadi, adalah sangat penting untuk anda belajar saham dengan lebih mendalam daripada jurulatih dan akademi yang sah sebelum membuat apa-apa tindakan berkaitan pelaburan. Jika tidak, risiko anda pasti akan menjadi sangat tinggi.
Kaedah 2: Miliki Saham Melalui Sekuriti Lain
Jika anda belajar saham dengan lebih teliti, anda pasti terjumpa tentang “Exchange Traded Fund”, ataupun lebih dikenali sebagai ETF. ETF sebenarnya adalah satu dana yang diperdagangkan di Bursa. Ia juga merupakan sebuah instrumen pelaburan yang dikawalselia oleh pihak berkuasa, seperti Suruhanjaya Sekuriti di Malaysia & Securities Exchange Commission (SEC) in Amerika Syarikat.
Melalui ETF, anda boleh memiliki saham tanpa perlu membelinya secara langsung.
Apa yang menarik tentang ETF adalah, ia juga boleh membantu anda memiliki sekumpulan saham tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Sebagai contoh, jika terdapat 10 jenis saham yang anda inginkan, dan setiap satu daripada saham tersebut berharga USD100, maka, anda perlu sekurang-kurangnya USD1,000 untuk memiliki seunit saham untuk setiap syarikat pilihan anda.
Tetapi jika anda memilih ETF, ada kemungkinan untuk anda memiliki sekumpulan saham tersebut pada harga yang jauh lebih rendah. Kos yang rendah sangat berguna kerana ia membantu memaksimakan pulangan anda, di samping membantu anda membuat “sizing up” portfolio anda mengikut kemampuan sendiri.
Belajar Saham Dengan Mudah di Bijak Labur
Sekiranya anda berminat untuk belajar saham dengan lebih terperinci, anda boleh melayari laman web Bijak Labur, iaitu https://bijaklabur.com/belajar-saham/ . Ingat, dapatkan ilmu dahulu sebelum anda melabur!
Semoga berjaya!